Friday, March 18, 2011

SUARA HATI~

Mengapa masalah selalu muncul dalam hidup aku?kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku dalam satu masa.Memang menyedihkan tetapi apabila difikirkan kembali saya tidak sepatutnya berfikir seperti itu.Semua orang ada masalah mereka sendiri.Yang membezakan kita sekarang adalah cara untuk menangani masalah itu.Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.Setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk mengatasi masalah.Masalah sentiasa sahaja mengekori saya,adakalanya saya sudah putus asa untuk hidup.Namun,setiap kali saya sedih atau kecewa sudah pasti orang disekeliling saya akan segera menyedarkan saya bahawa saya tidak boleh mengaku kalah walau apapun yang berlaku.Ibu bapa,adik-beradik,kawan-kawan sering memberi saya semangat untuk meneruskan kehidupan.Apabila saya melihat mereka bersungguh-sungguh membantu saya maka timbul satu kesedaran dalam hati bahawa mengapa saya menjadi seorang yang lemah.Padahal jika dilihat masih ramai yang berhadapan dengan masalah.Mereka tidak merungut sebaliknya berusaha untuk menyelesaikan msalah.Saya sepatutnya mencontohi sesetengah orang yang bijak menangani masalah walaupun mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.Disinilah letaknya kebijaksanaan seseorang.bukan hanya berdasarkan kepandaian semata-mata namun bergantung kepada pemerhatian kepada keadaan sekeliling.Oleh sebab itu,sebagai manusia tidak semestinya kita mempunyai kepandaian dan dapat menyelesaikan masalah begitu sahaja kerana adakalanya orang yang tidak berpengetahuan tinggi juga lebih pandai menguruskan masalah yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment